Bismillah..
Sebuah kisah luahan rasa.
…………………………………………………………………………………………………………
2014.
Aini (bukan nama sebenar) telah
ke Umobile Centre, Queensbay, Penang. Hajat di hati ingin men-terminate-kan
broadband-nya yang telah lama berkhidmat.
Alasan:
1
J -Jam
9am-6pm, Aini bekerja di salah sebuah firma guaman. Nak guna apalah sangat Internet di ofis sebab masa banyak ditumpukan untuk kerja.
. - Di
rumahnya terdapat perkhidmatan wi-fi (streamyx) yang super gojes.
- Line Umobile di Penang tidak segagah perkasa
berbanding line di KeyEl dan Selangor.
(Aini merupakan
bekas student di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Selangor dan
baru sahaja menamatkan pengajiannya pada pertengahan bulan 4 yang lepas. Jadi, pakcik
Umobile telah terlalu banyak berbakti dan bersusah payah sepanjang pengajiannya
di Selangor.)
RM68 untuk 5GB setiap bulan. Maka,
Aini berpendapat adalah tidak berbaloi untuk meneruskan perkhidmatannya apabila
digandingkan bersama alasan-alasan yang telah di-list-kan.
Selamat terminate beserta bayaran
untuk bulan sebelumnya dalam rm6+. Lega.
Seterusnya, sesi men-survey
antara Celcom dan Maxis. Celcom di Blue Cube. Maxis di Maxis Center. Aini lebih
menyukai kakak promoter di Maxis berbanding Uncle Celcom memandangkan ayat yang
keluar dari mulutnya dapat difahami dengan mudahnya oleh Aini dan dia tahu apa
yang Aini perlukan. Berbanding Uncle Celcom, dia just terang semata-mata apa
yang ada di atas kertas. Sejibik-sejibik.
“Beritahu/kongsi apa yang mereka
perlu tahu. Bukan apa yang kita nak beritahu.” Sigh.
Pilihan telah dilakukan. Yes, I
want Maxis. Tup tup tup, kakak Maxis bagitau nama Aini telah di-block di talian
Telco kerana ada bayaran tertunggak. Under Umobile. Terpinga-pinga beberapa
saat. Dengan langkah berkobar-kobar, Aini ke Umobile Center semula.
“Dahla jarak antara Umobile dengan
Maxis macam Kutub Utara dan Kutub Selatan dah. Brrr, sukanya lah aku!” Aini mengomel ‘kesukaan.’*sarcasm.
Setibanya Aini di kaunter
bernombor 2, Aini menjelaskan masalah yang telah dihadapinya dan kakak Umobile
mengatakan bahawa Aini ada bayaran tertunggak pada tahun lepas dari bulan 2
hingga 5. Eh, jap. Why?
……………………………………………………………………………..
2013.
Musim cuti pertengahan semester telah tiba. Aini pulang ke kampung
halamannya di Penang. Di penghujung cutinya, Aini ada masalah dengan
perkhidmatan broadband yang dia langgan. Beberapa panggilan dari Umobile
mengatakan bahawa bilnya telah 3 bulan tidak berbayar iaitu untuk bulan Mac,
April dan Mei. Jika tidak dibayar pada sedemikian-sedemikian tarikh maka
service akan di-terminate. Pesan aunty Umobile punya assistant pada AIni*sambil
menutup mulut yang ternganga luas.
Aini pun balas, “ouh, ya baik saya faham. Nanti saya bayaq before
tarikh yang dibagitau.”
Bayaran kali pertama, almost RM100. Tapi, tak masuk dalam
bil. Then 2nd time, rm100 lebih. Pun tak masuk dalam bil. Aini
termanggu keseorangan kenapa, mengapa dan bagaimana. Konfius. Duit dah beratus
habis untuk bayar. *sambil mengurut kepala yang fefeeling nak pitam.
Makanya, Aini ke Queensbay. Di Umobile Center, Aini utarakan
masalah yang terbuku tebal dalam kepalanya. Abam Umobile tu bagitau,” Servisnya
telah di-terminate-kan. Sebab tu bila cik Aini bayar, tak masuk dalam bil.” Jap,
seingat Aini, bayaran telah dilakukan before due date. Tapi mengapa dan kenapa
emmmmmm?...... Pusing 2 saat. Nak tunjukkan bukti dah bayar tapi malangnya
resit hilang ingatan letak di mana. Sigh. Esok dah nak kena balik Kolej. Sigh
again. Simkad baru, plan yang sama dengan sebelumnya bagi kali kedua telah
dibeli berbekalkan kekesalan di hati tentang wang yang ghaib entah ke mana. Resit
oh resit! Sigh again and again.
Yes, pengajaran.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2014.
Kemudian, kakak Umobile menjelaskan bahawa pembayaran sebanyak
ratusan ringgit itu perlu dijelaskan supaya nama Aini dapat dibebaskan daripada
senarai blacklist. Selagi Aini tidak menjelaskan bayaran tertunggak, makanya no
Celcom, no Maxis. No Digi. Kalau ada resit sebagai bukti pembayaran, boleh
tunjuk. Lagipun, bayaran memang kena buat dekat Center atau kiosk Umobile. Pfffttt.
Aini keluar dengan sebalnya. Keluar daripada Mall menuju ke
kereta. Dan tetiba terlintas dalam kepalanya,
“Eh, jadi macam mana aku boleh lepas beli Internet Umobile
yang 2nd tu?”
“Kenapa tahun lepas, atok (tukar gelaran sebab takpuas hati
langit ketujuh) Umobile tak bagitau awai-awai directly yang aku tetap kena
langsaikan hutang tertunggak tu even dah di-terminate? Dahla tahun lepas aku
dah bayar before due date tapi still depa terminate! What the fish! Erghh! Kenapa
dah lepas jadi macam ni baru aku tau? Boleh pulak lepas time beli BB(broadband)
yang 2nd. Atok ni dah kenapa????”
“Kenapa BB 2nd ni aku tak pernah ada masalah
walaupun bayar kat mana-mana pun selain Umobile Center atau kiosk-nya? “
Pelbagai persoalan timbul tak dapat dimuntahkan tapi hendak berpatah
semula telah terlambat kerana Aini mempunyai hal lain yang perlu diselesaikan
selepas itu.
“Emm, lain kali lah. Aku mesti. Wajib.”
……………………………………………………………………..
Demikian cerita seorang pelanggan Umobile yang tidak berpuas
hati.
Sekian.