:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, July 31, 2011

+ 2ND VERSION OF...... +

assalamualaikum..

next pic : turut tidak ikut turutan. atas alasan " kena gerak jari banyak" . acceptable? :P

: maap lah izzah, kaki hang aku adjust tak lawa. hehe. :

: kami gembira ! :

: birthday girl suap sy lah! erm ,yummy! memang tak dapat dinafikan cupcake tu amatlah sedap. iera, syg hang taw! ^^ :

: wuu, bangga pulak tetiba. diapit oleh 2 orang gadis yang amat cun melecun tambah bijaksana. dekan sentiasa dalam tangan pulak tu. eh, korang memang janji ek nak pakai tudung sama. wiwiiit! ^^ :

: this is iffah again.... hehe. iffah, aku taruk gambaq hang tang ni lagi weh. banyak dah ni kalau nak kira. * muka tamak :

: eh, bertukar rupa pulak? ketika ni tengah sambut birthday aqilah dan kak mazida. alaa, tak ade pulak gamba depa dalam ni. lepas habis usrah kat masjid dalam pukul 1 terus kitorang semua kumpul kat sini. very simple but still we enjoyed it ^^ thanx u olss :

: kek yang memang thumbs up! :

: ni adalah lauk pada malam tu. nampak macam biasa je kan? tapi sedaaaaaap . alhamdulillah, rezeki Allah bagi :

SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA :)

_ E N D _

+ seharian di 'serata tempat' +

assalamualaikum..

pagi yang masih gelap menemani sy pada pagi ini. seperti semalam, suhu yang agak dingin menyelaputi diri.

semalam pada hari rabu, sy, nurhidayati a.k.a detty, huda dan siti aminah a.k.a ct iaitu adik kepada detty keluar. keluar ke mana? banyak tempat punya! memang tak sangka!nasib kami amat baik semalam. syukur sangat2. kitorang kalau nak keluar sewa kita. jadi semalam pun sewalah. semua kereta dah habis kecuali viva je yang tinggal. kalau setengah hari rm80. tak ke berpinO juling habis mata ni nak kena bayar kan? yang naiknya 4 orang sahaja. sorang kena bayar rm20? ouh, tambah2 juling lagi lah nampaknya. sambil huda tengah bincang2 isi2 borang and apa yang patut, penyewa tu cakap kami bertuah harini. sebab kami merupakan penyewa yang ke-100. tapi huda cakap seribu. err, entahla. ok, bagi orang tersebut akan diberikan potongan harga sebanyak separuh. sebelum kami kalau tak, dah ada 2 orang nak sewa, tapi dua-dua cancel. nampak kan kalini memang rezeki kami? :)memang alhamdulillah sangat2!

hala tuju kami seterusnya ialah nilai square. ct nak beli kain baju. next giant nilai, dety & adiknya beli barang2 dapur. kami pun beli sedikit barang keperluan - nilai 3 berjumpa dengan saudara2 detty & ct - masjid UKM utk menunaikan solat maghrib. - kedai bakeri, huda nak beli bahan nak buat choc utk raya akan datang ni. yummy! - pkns, detty & ct membeli lagi barang keperluan di situ sedangkan sy & huda ke mcD untuk membeli aiskrim c.top. bila dah nak sampai bahagian order tetiba ternampak menu2, tetibe teringin, tetibe terpesan banyak, tetibe terbeli. maaflah, sume ter! * dush3 perjalanan diteruskan ke perhentian bas kajang. dan lepastu? balik. fuh, insiden dah sampai kuis ni lah yang menyayat hati lagi 'ter'touching. 'panas' jek. apa boleh buat, istughfar panjang mengiringi diri.

gambar kat bawah ni letak dalam keadaan berterabur. tak ikut urutan. 'malas!':P

: destinasi ketiga terakhir kami :

: khusyuknya bakal2 ibu ni. haha :

: masih tidak faham apakah yang tengah mereka2 lakukan :

: see? rupanya berlumba siapa mengengsot paling cepat sampai ke pintu masuk. adik2 ni, habis ' bersih' baju adik2 tau sayang. ish3. tak mampu menegur hanya melihat sahaja :

: ustazah nurul huda masih cuba membuat pilihan yang terbaik untuk membuat cupcake nya. jangan yang tu huda. lembut sangat. dan pilihannya berupa bekas yang amat comel coraknya berwarna pink. sy suruh biru * sebab sy suka. apekah? tapi dia nak pink jugak. ish3, itu pun nak berbalah ye dop? huk3. :

: detty yang menjadi idaman jejaka di luar sana. not available ok. no couple2. masuk pinang terus. kata detty kepada sy. terima kasih bagi sape2 yang percaya sebab ini hanyalah rekaan semata2. tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. sekian terima kasih daun keladi.:P :

: ohh, bakal2 isteri masih busy mencari bekas idaman hati yang menarik. 6.90 ok satu bekas! :

: ustazah huda nak pergi mana sayang? haha. she's taking dip in education. takhassus in pendidikan islam. very the comel molek. one of my roommate yang sentiasa tegar menjadi peneman setia sy di bilik. almaklumlah, dua2 dok utara. berdua lebih baik? erk, apekah? :

: blushing99999. ohhh, MALUNYA! berlaku satu adegan yang memalukan. merahkan mukanya? haha. ketawa tak habis lepas insiden memalukan tu. sabar ye ustazah huda. next time, kita kena lebih hati2. mata pun kena meliar macam inspektor gadget k. *ajaran sesat :

: menabung amalan mulia. tapi ni? eh, silap. mengeluarkan duit untuk keperluan perbelanjaan. yeay! :

: "weh, cantiklah. nanti kalau kahwin ni senang nak bagi. kita buat choc sendiri. nampak ekslusif tapi sebenarnya choc tu kita buat sendiri. haha. weh, memang senang. " " a'ahlah detty, senang sangat. nanti kawen nampak smart jek. cantik jek. nanti kita beli taw" hahaha. ni conversation that happened between detty and i. rancak sungguh macam nak kawen dah sedangkan khitbahnya pun belum. :P tapi tak salah kan merancang? :) * gatai :

usai segala urusan, kami pulang ke KUIS 'tercinta'. ^^ sewa kereta bayar guna duit sy dulu sebanyak rm32. separuh harga kan? ^^ balik2 bilik, dety mai, dia hulurkan rm 32 pulak kat sy. i thought that we're sharing to pay that. but, seems not. terharu la hang belanja kami detty. * termenangis terharu.:P

very2 enjoy the day. syukran sahabat2.^^ although its a very tiring day, but still its a wonderful 'journey' :) walaupun mata dok mintak dikatup, perjalanan masih diteruskan! uhibbuki fillah~ ^^

p/s : malam ni dah start terawih. terujanya! semoga ramadan kali ni lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah.

_ E N D _

Saturday, July 30, 2011

+ makan malam mega alumni asasi +

assalamualaikum..

alhamdulillah, sy masih diberi nikmat untuk bernafas pada pagi yang indah lagi permai ini ditemani kicauan burung yang merdu * terasa macam penulis novel pulak. :P malam tadi nak update tapi tangan dan jari main lari2 daripada sy. main nyorok2 dengan sy. jadi apa sy boleh buat, tunda ke pagi ni jugaklah. online pagi ni bukak FB rupa2nya dah ada salah sorang sahabat sy dah masukkan gambar. ape lagi, seronok lah kan. ni baru sorang. sahabat2 sy yang lain tak kumpul lagi gambOnya. sabarlah duhai hati :)

malam tadi telah diadakan makan malam mega alumni asasi. jadi kebanyakannya yang hadir pada hari itu ialah ex-asasi KUIS. dah 6 batch rasanya tak silap kat kuis ni. badge sy merupakan badge pertama . teringat dulu2 pahit getir hidup dan pengorbanan * sambil nyanyi lagu ala-ala ella menjadi badge yang 'tertua' * tetiba rasa penyakit orang tua semua mai. huk3. majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan2 dan persembahan. lama bebeno ghasenya nak makan. perut semua dah nyanyi lagu pelbagai genre dah. dari pagi dok taram baru nak isi perut malamnya, so memang lapar lah kan. tak mengapalah, kami disajikan dengan beberapa persembahan diiringi lagu keroncong daripada kami * lagu perut masing2. dalam pukul 10 barulah makan. alhamdulillah!

tengah makan tu jugak kami disajikan lagi dengan beberapa persembahan yang menarik. syukran kathira atas usaha2 kalian ^^ eh, tak nak tahu ke makan sedap or tak? erm....memang tak dapat menahan keterharuan * over apabila menikmati makanan tu. sedap! tambah perut lapar kan, lagilah nikmat.

usai majlis, sahabat2 sy mula berkumpul di meja makan sebab nak 'kejutkan' rahimah sazali a.k.a iera atas birthday nya semalam. she's one of my BFF. nyanyian "allah selamatkan kamu" * maaf, tak tahu tajuk.huk3, berkumandang kuat punya kat dalam PKK. wajah iera seperti tergamam kaget semua ada. airmata sy terasa bergenang. tak tahu kenapa. mungkin sy terlalu sayangkan sahabat sy sorang ni? risau takut dia sedih sangat dan jauh hati kerana kami lupa birthday dia. apa2pun, sanah helwah sahabatku sayang. terima kasih sebab sebelum ni sudi jadik roommate ku. semoga Allah permudahkan segala urusan kamu, insyaAllah. maaf sangat2 taw iera. saranghae~ ^^

ni adalah setengah gambar yang baru di upload. gambar lain belum lagi.


: abang shahmim kite. eh, shamim lah. tahniah shamim dapat anugerah! keep it up! he's one of my classmate time asasi dulu. apa2pun, mabruk shamim :

: ergh, aksi berpayung bersama payung baru. comel kan payung baru sy. :P yang bertudung kelabu tu juga merupakan salah seorang BFF sy. muka dieba muka tak puas hati + geram + nak nangis * eh, bukan yang ini! dalam hatinya mesti nak hentam keromo sy. sy pecahkan belon yang dipegangnya tanpa dia sedari. memang terkejut benor lah orangnya. maaf dieba, lepasni aku janji buat lagi ok? :P :

: 1st badge of asasi. ini hanyalah antaranya. agak sedih jugak sebab tak semua dapat kumpul sekali. kalau tak mesti lagi lagi lagi meriah! but still, enjoyed the moment. ^^ :

: next port untuk 'beraksi'. depan PKK. ditemani cahaya lampu yang cantik lagi berseri * merepek kerepek lagi syukran lillah kerana sy dikurniakan sahabat2 yang sentiasa disamping menemani di kala susah dan senang. di kala sakit dan sihat. syukran lillah kerana sy dikurniakan sahabat2 yang cantik jelita cun vogue gorgeous bijak bestari lagi geliga * hah, bubuh lagi . tapi ape lagi ek? :P yang happening. tetiba rasa terharu pulak. syukran Ya Khaliq ku! :

: erk,si tembam gadis mana ni? ouh, ni lah hazirah. susah nak kenal sebab dia jarang sangat berserba hijau. biasalah. biru jek memanjang kan. opss! ^^ :

next pic, next entry ^^

" STICK TO BE ONE, WE UNITED AS ONE"

_ E N D _

Tuesday, July 26, 2011

+ what's wrong with me? +

assalamualaikum..

sementara ada masa yang masih berbaki ni, sy sempatkan jugak lah tangan2 ni menaip mengarang menulis di laman blog tercinta lagi tersayang. ^^

sem ni. sy tak tahu apa masalah sy. semangat nak belajar sy turun. bukan sy tak belajar. tapi belajar sy tak seperti sem2 yang lepas. dan buktinya dapat sy saksikan dalam exam midterm sy yang telah berlalu. bukan semua tetapi ada lah beberapa. dimanakah semangat kamu hazirah? tolong lah hazirah. sem ni sy tak nafikan , its tougher than before. a lot you know. sampai roommate sy ada cakap, sem ni sy banyak sangat menangis. ye, menangis merupakan cara yang paling berkesan untuk sy merelease kan stress sy. study sy pun tunggang langgang. banyak kerja .sy jadi serabut. lepastu tak pandai nak manage elok2 betul2. astaghfirullah! * sambil tepuk2 pipi sampai benjol ya Allah, hanya kepada Mu sahaja aku memohon. inna fatahna laka fathammubina~ amin ya rabbal'alamin~

lusa ada exam usul fiqh. isnin ni dengar kata cuti. entahla. tunggu je lah.

_ E N D _

Sunday, July 24, 2011

+ hujung minggu yang 'advance' gorgeous ! +

assalamualaikum..
hujung minggu ni banyak sangat program yang dianjurkan oleh pihak KUIS. macam2 dan pelajar kuis pun ramailah yang take part sebab program dia pun best2. hari jumaat lepas, teringat balik. pagi qiam, lepastu ade forum dan malamnya ada program motivasi.

bermula 10.15am - 12pm telah diadakan forum kepimpinan wanita dari perspektif Islam. ahli panel dan moderator yang dijemput bukan calang2 orangnya.
moderator : puan wardina safiyyah
panel 1: prof madya dr mohd asri zainul abidin

panel 2 : dr muhaya mohamad
dan dirasmikan oleh datuk seri sharizat abdul jalil. pengisiannya memang best. then time wardina berjalan naik atas pentas ramai taram ( tengok telek? ) kasut dia je. haha. her appearance that time was very2 simple but very2 nice. maybe sebab dia dah sedia cantik. jadi, apa2 yang dipakai olehnya akan nampak cantik jugak. tak begitu? :P


sebelum majlis bermula, kami yang hadir hari tu diberikan sehelai t-shirt, badge bertulis " forum kepimpinan wanita dari perspektif islam', pen dan buletin. akhir majlis pula kami diberikan makanan tengahari. * ayat macam skema kan? errr.... perasmian kan datuk sharizat, time tu rasa macam menghadiri majlis politik pulak . dalam hati cakap, bila la nak habis. nak dengar forum. masa dah main suntuk. satgi dapat dengar sikit je memandangkan haritu hari jumaat kan..* opss, jangan sue sy.huk3..

: datuk sharizat baru sampai. semua pakat nak salam dengan beliau. beliau yang berpakaian ungu. anyway datuk, jangan lupa bagi peruntukan seperti yang datuk janjikan ok? ^^ :

: nurul iffah, bersinar bercahaya mukanya. sememangnya dia seorang yang bergeliga otaknya lagi cun melecun. opss, not available. hehe. * iffah, belanja aku lekaih.keh3. :

: ikon? shhh, beliau tidak suka digelar ikon. very beautiful isn't she? :

: lekas rasmi lekas. beliau datang sekejap je hanya untuk merasmikan majlis dan beliau pulang sejurus selepas itu sebab katanya ada mesyuarat dengan PM . terima kasih kerana sudi datang ye datuk :

next event pada malam harinya :

ceramah motivasi.
feedback sy bila kena mai ceramah ni agak ermmmm, mungkin ok2 kot. yela, nama pun 'ceramah' kan. haha. sebaik saja penceramah menjejakkan kaki atas pentas dan memulakan 'percakapannya', zupppp! memang terpegun sangat! tabik spring lah!

sebelah kiri ni adalah beliau. raja shamri. seorang yang dilahirkan tidak sempurna. kurang sempurna pada kaki kanannya dan jari di tangan kanannya. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. setiap yang berlaku ada sebabnya yang terjadi. setiap orang ynag hadir dan muncul dalam hidup kita ni bersebab. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

b
anyak sangat2 input yang sy dapat daripada beliau. sangat2 banyak ok. amat kagum dengannya. beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin. ayahnya hanya menoreh getah. kehidupan di sekolahnya beliau dahulu berjalan dengan berdengkot * macamni ke eja? alaa, yang macam lompat sebelah kaki tu. banyak kisah hidup beliau. mood yang diwujudkan beliau amatlah berkesan. menusuk jiwa dan raga! serius!

antara yang sy nak kongsikan di sini, tanda orang berjaya:

- yang pertama sy tak ingat. kedua ialah berjalan cepat

- makan kurang * hazirah, bila lagi? erk?
- tak suka mengadu domba
- tak mudah sensitif dengan kata2 orang. sebab sememangnya itu adalah lumrah orang mengata orang kan..

- senang pohon maaf dan memaafkan orang.


antara 2 kisah yang begitu mencuit hati sy..

mak dia berpesan, kalau balik sekolah, mak dia nak tengok baju sekolah tetap kemas. baju masuk elok dalam seluar. mustahil bagi dia sebab dia jalan pun macam mana kan. of course terkeluar2. ketika ni dia berada di darjah satu. ok, bila nak pulang, ayah dia ambil di sekolah. dia naik lah jadi pembonceng di belakang. sebelah tangan pegang ayah, sebelah lagi sibuk memasukkan baju dalam seluar. sebab kalau tak kemas nanti tak boleh makan nasi ( dia tak makan nasi satu hari kat sekolah sebab ada kawan langgar dia dan makan semua jatuh. duit tak ada. jadi terpaksa berlapar * sila menangis. sedih kan? :( punya khusyuk sangat membetulkan baju, tup tup tup, tangan dia lagi sebelah terlepas dan dia pun jatuh ke belakang. ayah dia balik dengan selamatnya sampai ke rumah tanpa menyedari anaknya telah jatuh dari boncengan. memang berderai ketawa satu PKK ( pusat konvensyen kuis, tempat ceramah diadakan )


dan seterusnya, tengah membonceng dengan ayahnya jugak. kaki palsunya letak di hadapan tempat raga motor. pakai seluar panjang. jadi bahagian yang sepatutnya diletakkan kaki palsu tu berbuai laju lah kan. lepastu apa2 kenderaan yang lalu sebelah mereka akan jadi slow. bila lalu je sebelah mereka. faham tak? berderailah lagi ketawa satu pkk.


gaya ceramhnya memang menusuk hati, tak perlukan lagu sedih mengiringinya. cukup sekadar kata2 yang keluar da
ripada mulutnya. serius ramai yang menangis. tapi tak sempat nak teresak dia buat kelakar lagi. * sy lah tu. haha. baru nak feeling tergelak pulak. geram jugak. sy respest sama 'abang shamri' terima kasih banyak kerana sudi datang ke kuis. nak cerita semua macam tak cukup satu entry lah kan. apa kata, kalau kita hadiri talknya kalau ada kesempatan. confirm tak rugi! jum lawat blog beliau! at abangraja.blogspot.com ^^ hayya2!

ok,lah. got to go now. ^^

_ E N D _

Thursday, July 21, 2011

+ tangan2 jari2 sila ber'perangai' baik ok +

assalamualaikum..

harini sampai bilik balik dari kelas lepas azan maghrib berkumandang. tak tahu pulak lepas kelas usul fiqh petang tadi ada sesi fotografi dengan kelas. aduhai.....dahla tudung sy sesungguhnya amatlah 'bertenaga'. huh! tidak mengapalah. tudung, walaupun awak tak menepati kehendak sy harini, namun sy amat berterima kasih kepada awak sebab awak tak buat hal sangat. ^^ * macam orang gila cakap.hahaha perut oh perut, mengapa rancak sangat lagu ni? oh, perut sabarlah. alhamdulillah, perutni sekarang sudah diisi. rezeki Allah bagi. ^^

tadi dalam kelas usul fiqh, kami bincang tentang tajuk yang akan masuk midterm exam next week. ustaz, kami sayang ustaz sebab ustaz baik sangat bagitaw apa yang masuk! * hipokrit kah? errr..mana ada! ikhlas ni! fullstop! teringat ustaz bagitaw, under tajuk hukum taklifi , " wajib masuk, makruh dan haram tinggalkan. jangan buat" ustaz! apeni?! haha. berderai tawa satu kelas. ustaz ni sememangnya terkenal dengan sifatnya yang suka melawak. memang ustaz ni sangat sporting! amat suka. ^^jadi minggu depan ada >>>>>

: exam? ada tak exam? yeah, ada! tiada keraguan di situ! :

: jangan lah study sampai macamni. sy? haha. maaflah ,sememangnya sy kadangkala tergolong dalam 'spesies' ni. especially kalau bangun pukul '4 pagi'. dah bangun ni depan meja study. buku pun dah bukak dan sy mulalah menghafal. taklama lepas tu. tak sampai setengah jam, sy akan terasa macam tengah hapai atas angin. haha. paham dak? :P pup3, tetiba terasa kepala elok je tersadai atas something yang lembut. tetiba dah sampai pulak alam mimpi. huk3.maafla buku, awak tak cukup perhatian dan kasih sayang daripada sy. maaf sangat2! :P

: kadangkala ada student yang belajar sampai tak tidur. sanggup kan? minum kafein sebagai penahan tidur. kalau selalu buat memanglah badan 'krem' terus. memang tak mengantuk tapi badan akan terasa lemah sangat. kesimpulan, lepasni silalah minum kafein banyak2 :P oh, sy pun kadangkala tergolong dalam 'spesies'ni lah!tapi tak adala sampai tak tidur. cuma time tidur akan diiringi oleh hafalan2 dalam kepala. sememangnya tidur sy takkan lena! korang pun mesti sama kan? ^^ :

: adakah? :

: buat nota. ye, kena buat nota. student law sememangnya banyak yang kena hapai. jadi silalah buat nota. memudahkan. terpulanglah. setiap pelajar ada cara tersendiri untuk belajar :

ok,lah. simpulan dan ikatan ni nak kena siapkan sebelum sabtu. tangan2ku jari2ku, silalah berlaku baik ye. dengar cakap sy ok. silalah melukis dengan baik dan cantik. terima kasih atas kerjasama kalian ^^

_ E N D _

+ sem yang berpenghujung +

assalamualaikum..

tumpang laptop member jap. eh, kenal tak siapa jejaka kat sebelah ni? haha. ni yang nak gelak ni. ni adik sy lah. tetiba sy nampak dalam gambar ni dia 'macam' handsome'. haha. abdul munir namanya. baru lepas baca entry baru dia. gelak je kerjanya baca entry dia pasal cameron highland yang dia pergi baru2 ni. ok2, contoh ayat :

"Nak ambik air sembahyang sangat terkejut . Rasa macam air watercooler ja . XD"

"Ketika itu , baru saya sedar betapa nikmatnya panas itu !"

ini adalah antara ayat2nya. agak 'comel' bagi sy. erk, boleh ke panggil comel macamtu? errr....haha. apa2lah kaaannnn.^^

kalau nak baca lebih lanjut, ni link blog adik lelaki sy ni..abdul munir. kadang2 kitorang adik beradik termasuk mamanya sekali gelar munir ni PMS. haha. tahu kan PMS tu ape? hahaha. yela, kadang2 dia bad mood bukan main. kalah kakak2 dia. munir2. :P balik rumah sebelum2 ni tinggi sy paras bawah telinganya. baru2 ni balik cuti pertengahan sem sy hanya paras bahunya. adakah sy makin merendah? apekah? oh, tidak! mustahil ok. haha. adik tunggal lelaki sy ni dah makin meninggi., baru form 4. ish3.
ok, adik2 sy semuanya ada blog masing2 kecuali adik perempuan yang ketiga. bila tengok2 baca2 balik, tak sangka dah besar2 adik sy. sy ni pun dah bertambah2 besar dah ni haa. makan taktau nak control!grrrr! dan bila baca2 jenguk2 blog mereka juga membuatkan sy rasa masa berlalu begitu pantas. dan mereka2 semakin matang dalam kehidupan. * yang kakak sulung depa ni taktahulaaa. ish3 :P . hope mereka2 membesar menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan yang berlandaskan syariat Allah. amin~

dari minggu lepas sampai lah semalam terasa macam sesak sangat. alhamdulillah harini rasa kurang walaupun kerja masih bertimbun. sem yang kian menghampiri pengakhirannya membuatkan semakin banyak kerja yang menunggu masa utk disiapkan. paling tak boleh lupa hari selasa lepas. menangis macam nak rak punya tension. semuanya sebab subjek munakahat. ye, ustaznya agak strict. setiap lecturer ada caranya masing2. dan kita sebagai student kena ikot flow lecturer. nanti tak dapat markah pulak kang. apa kisahnya sampai group sy nangis2 bagai nak rak ni? :) takpelah. benda dah lepas dan dah jadi pun, tak boleh nak buat apa2 dah. tadi dalam kelas pentadbiran undang-undang islam, sy baru sedar sy ni student law. selama ni tak sedarkah hazirah? dah sem 3 ni baru nak rasa? haha, no comment for that. :P subjek ni banyak kena cari kes. dan sudah semestinyalah perlu mencari kes tersebut di library. kalau kat internet ke takdelah kan. huk3. then kitorang perlu menjawab soalan tutor yang diberikan oleh lecturer kesayangan kami bagi subjek tersebut. dan satu soalan tutor melibatkan fakta kes semualah. kadang2 satu kes tu punya banyak lah muka surat. tak sampai separuh dah boleh tidur sekejap. *OVER! haha. bak kata lecturer, baca kes tu biarlah sampai habis. dari mula m/s sampai akhir. jangan tinggal walau sehelai sebaris! * alamak, macam faham2 jek kan puan ni.:P

tak sampai seminggu dah nak puasa. ahlan wa sahlan shahru ramadan~^^ dah bulan puasa nak kena beli tiket bas awal2. insyaAllah, akan bertolak pulang dengan adik sy afiqah. kebetulan cuti kitorang mula sama. :)

next week ada dinner. memang julung kali diadakan. antara salah seorang sahabat sy beritahu, salah satu tujuan dinner ni untuk memperkenalkan 1st batch asasian. kitoranglah tu * sambil tutup2 muka :P haha. mesti nak kena pi. dan ini merupakan satu gathering utk batch kitorang. dah lama dah masing2 berpecah2. jadi malam tu dapatlah jumpa semula. nak kata jejak kasih boleh tak? haha.

ok, i need to take a nap for a while. satgi kelas usul fiqh kang..haaa.. tak dapat nak nolong mata ni kang haaa...haha. ok, got to go..

p/s : hujung minggu ni banyak sungguh aktiviti . minggu depan pun sama. sempena menyambut kedatangan ramadan mubarak. ^^

_ E N D _

Tuesday, July 19, 2011

+ pasti +

assalamualaikum..

today...just a short entry...

syukran lillah kerana mengurniakan sahabat2 yang caring dan amat baik di sampingku...
berat sungguh dugaanMu hari ini ya Allah...
mata membengkak tak kebah2 lepas kejadian tadi....
mama, terima kasih sebab sudi dengar luahan hati kakak walaupun sekejap tadi...
sedih sangat pilu sangat tak dapat dibayangkan dengan kata-kata lepas kejadian tadi...astaghfirullah!
mujur ada sahabat2 adik2 yang tak jemu memberikan nasihat bernas...
pasti..pasti ada hikmah di sebaliknya..PASTI! Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya...

_ E N D _

Saturday, July 16, 2011

+ full +

assalamualaikum..

malam tadi tak dapat tidur. nak dekat pukul 4 baru boleh tidur. itupun tak lena. bangun awal, solat subuh dan menyelesaikan kerja yang masih terbengkalai. akibat kesedaran diri tidak ada untuk tidur awal, maka mengantuklah sy tika berada dalam kelas koko pagi tadi. amat lama ok! dari 10 - 2 pm. mungkin membalas dendam atas cuti2 yang banyak sebelum2 tu. sabar ye coach.

dah la kepala ni masih penuh dengan kerja2 bertimbun. sangat 'best'. dan aktiviti untuk koko harini ialah ikatan dan SIMPULAN. memang makin bersimpul2 urat2 dalam kepala sy yang tunggu masa je nak.....whatever lah. dengan bulan Julai yang kian menghampiri akhirnya. ini bermakna sy harus wajib patut siapkan borang2 yang berkenaan yang berkaitan dengan mara sebelum tamat tempoh.

borang pengesahan pelajar telah siap diproses. tinggal sekarang nak scan dan hantar kepada myuha@epf.gov.my. minggu depan merupakan minggu terakhir sy harus submit borang tersebut. bila nak gerak hazirah? kerja mudah je kan? bi sur'ah!

midterm2, assignment dan presentation. berderet next week. ye, lumrah sebagai seorang pelajar. tapi kadang2 tu OVERLOAD~ dalam entry sebelum ni sy ada nyatakan tentang hal ni. berderet2 menanti sy. sy mula STRESS. eh, rasanya bukan baru mula tapi SUDAH STRESS. sy mula susah nak tidur. mengantuk sangat tapi bila dah rebah kepala atas bantal, tak boleh tidur. ini menyebabkan kepala sy sakit. selasa lepas baru je demam. alhamdulillah khamis tu dah mula kebah. Allah permudahkan. sakit kepala sakit kepala. lepastu makan, selera makan mula kurang. rasa perut berbunyi minta diisi tapi tak ada selera nak makan. adakah itu antara petanda stress? entahlaaa~

banyak tuntutan yang perlu diselesaikan. tanggungjawab sebagai pelajar juga kian menghimpit. korang buat macamana nak release semua ni? mesti banyak cara kan? sy? sy menangis. sy menangis bila merasakan dah tak tertahan sangat2. ada orang anggap tangisan itu petanda bagi orang yang lemah. tapi dengan tangisan sy rasa lega dan menjadikan sy lebih bersemangat.

lupa. khamis lepas mama call. katanya ada satu surat sampai rumah. alhamdulillah sangat sebab penantian sy berpenghujung akhirnya. surat mengenai biasiswa under Penang. isnin ni kena pi ambil cek. tak tahu berapa jumlahnya. sebahagian kecil akan disimpan untuk .......biarlah rahsia. ^^ tahun 2009 sy apply dan baru bulan ni dapat. 'sekejap' sangat kan?

apa2pun, life must go on rite? setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya yang Allah dah tetapkan untuk kita. yakin dengan kuasa Allah. hazirah, semat kukuh2 dalam hati. rabbuna yusahhil ! amin ya rabbal'alamin!

_ E N D _

Friday, July 8, 2011

+ jalan2 lubuk merbau +

assalamualaikum..

malam semalam ingat nak tulis satu entry. malangnya sy telah gugur di atas katil. keletihan...malam sebelumnya, i really can' sleep. dunno why. bila bangun paginya tu mata pun macam panda lah. letih bebeno ghasenya! rumusan : tidur lewat bangun awal = badan letih, mata mengantuk.

ok, semalam sy ikut mama jalan2 cari makan. * rekaan semata. teman mama pegi buat demo dekat felda lubuk merbau. perjalanan pagi tu di'start' kan dengan menghantar abah pi kerja. then, pi sunshine beli bahan untuk demo iaitu perencah maggi nasi beriyani dan kubis. mama dalam kereta dan sy tukang beli. ouh, sy menghadapi masalah untuk mencari bahan2 tersebut. nak cepat kan, jadi mata and kaki ni asyik tersasar pi tempat lain. dah jumpa-ambil-beli- bayar, naik kereta dan vrooom! cadang nak singgah restoran kayu untuk breakfast. tapi masa terlalu cemburu dengan kitorang, jadinya tak sempatlah.huk3. ambil makcik faridah dan 2 orang anaknya dan kami pun bertolak. felda lubuk merbau merupakan kampung makcik faridah.

dan bermulalah episod kekenyangan .............
* makan nasi 2 kali
* makan durian banyak2 lepas gian punya lama dok mengidam
* dan? erm


: dalam perjalanan ke felda lubuk merbau. very the nice view. subhanallah! :

: buai laju2.. gayat lah! adik xgayat ke? :

: ini budak nama.....errm, tak ingat lah. kecik + comel + tak tahu duduk diam :

: anak mak cik faridah yang bongsu. teramat putih. comel! :

: saat yang ditunggu2 :

: perasan tak kereta depan tu orang2nya buat apa? berani mati :

kat kedah musim buah kot la ni. sebab on the way balik tu banyak sungguh gerai jual durian. macam2 lah. alhamdulillah, makan jugak durian. bila cakap pasal durian, teringat bibik dulu2. time kitorang beli and bawa masuk durian dalam rumah, tetiba dengar kat toilet belakang someone muntah2 dengan agak dahsyat. hahaha. kesian bibik. bila munculnya durian dalam rumah, minyak cap kapak sentiasa di sisi. bila teringat balik kelakar pulak. lusa sy dah balik KUIS 'tercinta'. buku tak sentuh langsung. teruknyaaaaaaa.

p/s : hati sakit . sakit hati. sakit sangat2 hati. apa boleh buat kan? sangat benci keadaan ni. amat tak suka when someone really2 blame us on what we've done. ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan ! * sambil nangis


_ E N D _

Thursday, July 7, 2011

+ comel kah? errr.....+


assalamualaikum..

erm, korang mesti selalu nampak ayat2 jenis macam ni kat mana2 laman sosial.............

"ehhh x .
boy aq slalu ingt at aq .
hahahaha .
pea r nuc bising2 . !
cry r laky yg btoy2 ska at kyta ."

" unc nan dy cm nea . ? "

ni jenis orang yang suka ganti huruf. ni satu spesies. lagi satu spesies.....

" aq mencik do cmni "
" ad mber lmew tgu lmew glew"
" x aprv2 gk aq "

ni distort punya spesies.

sy baca pun terkial2 bagi spesies yang pertama tu. spesies kedua ni pulak golongan eww.
sy tak nafikan yang sy pun ada guna bahasa shortform jugak. tapi biarla pada2 kan. ish3. zaman la ni laaa... apa pandangan korang?

____________________________________________________________

next episode...

dulu masa kecik2 selalu kena marah dengan mama. nakal sangat kan, nak buat macam mana. bila dah makin besar ni, sy dapat rasakan perbezaan. perbezaan apa? haa, inilah yang kita tak tau tapi nak tau.

la ni, bila sembang dengan mama pasal apa2 rasa macam senang je nak cerita. kalau dulu, punya lah fikir banyak kali patut cerita atau tidak. sampai ada tulis dalam surat pun ada. tapi tak bagi pun lah. haha. biasalah dulu fikiran pun tak waras lagi. eh, bukan2. tak matang lagi lah. opss!.

perkataan yang lebih tepat ialah sy rasa seperti seorang SAHABAT. ye, sahabat . sy sayang mama sy. terima kasih mama kerana sudi menjadi sahabat kakak. :) i do love you very much~

_ E N D _

Tuesday, July 5, 2011

+ mini hazirah +

assalamualaikum..

"i'll give you the biggest ring if you marry me". erk? apeni? tersasar jauh dari matlamat untuk sy menulis entry kali ni pulak. keh3.

tengok fesbuk ramai dah kawan2, kak2 senior, sepupu sepapat dapat baby baru. sangat comel dan kadangkala sy pengsan melihat keamatan kecomelan mereka. subhanallah! semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. amin!

sy pun nak menyibuk sekejap nak letak gambar2 baby ketika sy masih.....

: berusia sebulan lebih :

: 4 bulan lebih :

: gembira bersama mama tersayang. macam nampak donut lah pulak bila tengok kaki. haha :

: terlebih gembira bermain di situ. seingat sy, sy suka sangat main kat sini. main kat kerusi merah ni, kacau2 barang atas meja solek, main kipas. berapa kali ntah terjatuh dari kerusi tu. tapi tetap tak serik! sampai tercabut skru kerusi, sampai tercabut tempat duduk merahnya tu. ergh, notty2! :P

: opss, seksi lah adik dua ni. adik berdua je ke? boleh ngorat? haha. dekat mana ek ni? pantai seagate kah? ohh, nampaknya ingatan sy masih tidak dapat dikembalikan ke saat ketika zaman2 ni. kakak sayang adik!~ :

: gaya muslimah sejati. tetiba tertanya dalam hati, kenapa sy comel sangat ni? erff, cuba berlagak perasan! :P sy dan nabilah. dan abah photographer nya. abah sy memang suka bidang2 ni. ^^ dan kitorang lah yang menjadi 'model'nya. terima kasih abah for this sweet memory! :

: dan ini, dah besar ghupenya cik hazirah ni. nampaknya ketembaman pipi itu tidak dapat diselindung lagi. hahaha. shhh, trademark ok! :P :

tetiba teringat jugak masa umur berapa ntah, sy main stapler. mama dah larang dari awal jangan main, tapi main jugak. biasalah budak2 kan. takberapa nak faham bahasa. haha. dok asyik main tiba2 TERstapler ibu jari tangan sendiri. nak tunjuk kat mama takut. mama cakap 'kelipop, kelipop mata takut". akhirnya mama tahu gak. menggelupur sy time mama nak cabut ubat stapler tu keluar. darah toksah dok cakap lah. banjir dah haa * hiperbola ok! lagi incident mencuit hati sy, sy nak buang air. bukan kecik tapi besar. sy dok tepi meja. punggung ala2 artis dangdut sikit dan berdirilah sy menempel kat tepi meja. berak dalam seluar. amat tak senonoh. kecik lagi kan. haha. incident lagi yang membuktikan dulu sy amat nakal, time tu takda current jap. abah tengah solat. lepastu sy nampak mancis, sy ambik kertas dan nyalakan api guna mancis n kertas tu. tiba2 api tu jadi besar. 'seronok' sebentar bermain api. akhirnya dapat dipadamkan jugak. habis abah sembahyang, abah terbau something. faham2 la kan. reaksi sy? buat muka innocent. haha.

ye, sy dah besar. dulu mini hazirah jek. sekarang? haa, besar dah rupanya. alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat hidup kepada sy selama 21 tahun 4 bulan. syukran lillah! terima kasih yang tak terhingga buat abah dan mama tersayang yang berusaha sedaya upaya membesarkan kakak yang nakal ni. sayang abah mama sangat2!^^ ok, kini single. lepastu? married - ada baby - ada menantu - ada cucu - ada cicit. uihh, jauh bebeno kamu mikirnya hazirah. haha. udah2 ler. terfikir macamni lepas baca status someone kat mukabuku.

"hari tu stress tengok kawan2 upload gambar kawen / nikah / bertunang.. sekarang ni jiwa kacau pulak tengok kawan2 sebaya upload gambar baby. pheww! "

comel kan sentence ni? haha. sy tak delah sampai tahap stress. mungkin stress yang dimaksudkan oleh beliau ialah jelous maybe? haha. sangat comel. ^^ ye, semua orang mengimpikan yang sama. cuma yang berbezanya ialah masa. cepat atau lambat. betul tak? sentiasalah kita berdoa ok sahabat2ku? ^^amin~

nora elena baru sampai episod 20. express lagi hazirah! suka tengok episod mereka h.moon kat cameron highland. sangat romantik ! haha. hazirah, stop dreaming ok. haha. baik2~

_ E N D _