:: Syukran Kathir! ^^ ::

Tuesday, May 31, 2011

+ jum kahwin! vs jumpa family +

assalamualaikum..

pagi yang indah, sejuk sungguh lah. alhamdulillah Allah masih memberikan nikmat hidup untuk sy pada hari ini, ^^

semalam puasa, hari ni pun puasa, esok? puasa jugak. jadi seminggu ni nak puasa lah. semalam kami se roommate yang bijak pandai lagi cun turun bersama2 membeli juadah berbuka. alhamdulillah, 'igauan' yang ditakuti takut roommate yang baru ni tak ok lesap hilang . roommate baru ni tersangatlah baik dan tersangatlah masuk dengan kami seroommate. syukran lillah! ^^

sejak kebelakangan ni bersin2 dan bersin terus. cuaca yang tak menentu mungkin agak menyumbang kepada 'pembersinan' sy kot. wallahu'alam lah. dah bersin diikuti dengan lenguh2 badan. macam.....macam.....nak demam! memang rasa lemah sangat lah. untuk nak elakkan lebih melarat, satu biji panadol ditelan bagi mengurangkan rasa ketidakkesihatan diri. dan? tidur!~ kifarah dosa ~

selalu teringat2 hamster di rumah. rupanya anak che white sebanyak 6 ekor telah meninggal dilanggar kereta! ops, hiperbola! sebenarnya mereka telah mati syahid dimakan saudara sejenis sendiri. che white pulak tak sempat nak belajar sivik sampai pandai belajar jaga anak. jadi anak2nya dijagalah oleh che bis. namun nampaknya itu adalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik. anak2 che white pada mulanya che bis jaga baik tapi beberapa lama lepastu, dimakan semuanya oleh che bis jugak. eh, bukan che bis je. separuh badan che bis dan separuh lagi anak2 che bis. wah, mereka memang tak kedekut antara anak dan mak. tak pentingkan diri kan? ergh~! jadi sekarang ni hanya lah tinggal anak2 che bis sebanyak 6 ekor. bai2 anak che white. * teringin lah nak bawa seekor mai kuis. tapi kena tunggu sy dapat duit biasiswa dulu. huk3. bulan? bulan 7. lambat lagi. tunggu je la~~~

hujung minggu ni kak nina iaitu cousin sy kahwin. tahun ni banyak betullah cousin2 sy bina masjid. sy bila lagi? opss, no comment~ ^^ jadi rancangan sy, mungkin sabtu ni dah start koko, jadi mungkin lepas koko tu sy akan bertolak pi rumah makndak sy di sg buloh dan berjumpa family sy di sana. gembira tak tergambar di hati dapat berjumpa family kesayangan! hanya Allah yang tahu. syukran lillah :) semoga semuanya berjalan lancar dan apa yang dirancang Allah permudahkan, amin ya rabbal 'alamin~

kerinduan yang tersangat dan over membuatkan sy rasa nak letak gambO che white yang gebu dan gemok di sini. tahniah che white atas kematian anak2 anda. *sob3

_ E N D _

Sunday, May 29, 2011

+ hari belia yang........ +

assalamualaikum..

seperti yang korang semua tahu, semalam di putrajaya ada himpunan sejuta belia kan? well, im the one of the person that also participate in it. participate ke? haha. cuci mata jek tengok2 sekeliling sambil bergambar bersama sahabat2.

semalam seramai 15 orang pelajar kuis yang juga ahli sekretariat rukun negara berjalan2 melancong ke PICC a.k.a putrajaya international convention centre. landskap kat sana cantik jiddan! subhanallah! kenderaan sudah semestinya lah bas kuis takkanlah van kot kan? kalah tin sardin kalau macam tu. *ergh! takdapat bayang! sebelum masuk dewan pekena nasi lemak yang dah disediakan. bashta!

usai santap menyantap, masuk dewan menanti kedatangan yb . tunggu2,yb pun datang dan majlis bermula. isu rukun negara dibincangkan. sy mengantuk. sememangnya banyak input yang kami dapat dari perbincangan itu. especially isu semasa berdasarkan soalan2 yang dilontarkan oleh beberapa para hadirin. some of them asked a bit complicated question. but still i can understand what they're trying to ask. * paham2 je la dop :P

: suasana di dalam dewan sebelum kedatangan YB. YB yang berkenaan ialah tan sri dr koh tsu koon. 'comel' dengan 't'. haha. tak faham? tak boleh beritahu. nanti kena sue pulak. nope2. =) HAHAHA * terok! :

: this was really2 amazing! honey dew sagu. ni antara hidangan yang sy jamah usai majlis. sedap sangat2. ramai yang tambah . pekerja kat situ cakap h.dew ni dicampur jugak dengan eskrem sekali. patutlah rasa macam ada eskrem2 sikit. lepastu cair dalam mulut. tekstur dia betul2 lembut! yummy! :

: wuuu, banyak kan? lauk yang disediakan memang banyak. sebab nak memanfaatkan makan free di PICC, sy ambik jek semua yang dah dihidangkan kecuali rebung masak lemak. ops, not my choice. ^^ hidangan yang ingin diketengahkan dalam jamuan ini mungkin ialah konsep makanan kampung . just from my view ^^ namun tak dapat dinafikan memang thumbs up! :

: eh2, macam kenal ? macam PM kita kan? ye2, dialah tu. masa ni kitorang dah sampai kat tempat booth2 tu. memang banyak sungguh2 booth dan gerai yang telah didirikan. sy dan sahabat2 tengah jalan2 kat jalan la kan. tetiba ada motor polis suruh kitorang ke tepi. rupanya PM nak lalu. jadi kitorang pun ke tepi dan dapat lah melihat PM dengan dekat. :

: antara BFF sy yang pegi ^^ :

banyak sangat pameran yang ada kat situ. konsert pun ada. orang ramai tak? ish, sudah semestinya. orang melayu kita memang suka event2 macamni. dan hari tu sy ada dating dengan some one. dating lah sangat. keh3. tak delah. mau ketemu with my youngest sis, iyah. nak bagi duit. dah lah tak dapat nak contact. ikut suka hati jek line nak bagi kitorang boleh call atau tak. dalam ribuan orang ramai tu sememangnya untuk kami jumpa amatlah tipis. sampai nangis2 adik sy tu . panduan untuk kami berjumpa ialah belon2 pelbagai warna di langit yang biru. sampai dah fed up sy ingat tak dapat jumpa adik comel sy tu. alhamdulillah Allah izinkan. ^^

time kitorang tengah jalan2 , sampaila satu pentas ni. jeritan kuat sungguh. macam histeria pun ada jugak. dengar lagi lagu sorry2 nyanyian suju. terfikir suju ke yang datang buat persembahan. kalih2 hanya lah tayangan video sahaja yang ditonton oleh ramai penonton. peminat fanatik mungkin yang jerit2 macam nak terkeluar tekak tu kot kan? maaflah, sy bukan peminat suju ^^ . rupa2nya inilah suasana sebenar kalau konsert diadakan. dan artis yang datang adalah artis korea. alaa, rasa sememangnya kebanyakan konsert memang macam tu. nama pun KONSERT kan? ^^

dan paling dan paling lah tak boleh lupa. ketika kami dalam perjalanan mencari bas kuis yang 'hilang' , terserempak lah pulak dengan group max 24:7. korang mesti kenal sangat dengan group ni kan? ala, kontrobesi kpop malaysia tuh. masa terserempak tu mereka2 tengah prepare nak perform. geli2 pun tengok jugak. aish. dan sememangnya dislike besar sy untuk mereka. dan masih ada penonton yang mungkin peminat fanatik mereka. teriakan histeria kedengaran bingit di telinga sy. astaghfirullah. sabokan aje~

event2 sebegini sememangnya tak dapat lari dari terserempak dengan artis2 malaysia. ish, memang banyak sungguhlah booth2 dan jualan2 yang ada! macam2 ada. dari pukul 1 lebih sampai pukul 4. 'sekejap' kan? memanglah kaki ni. fuh, rasa macam kaki ni nak tercabut pun ada. letih teramat. semua nak balik tapi jalan2 stop. jalan2 stop bila nampak benda yang best. ergh! geram pun ada. sampai bila nak sampai bas kalau asyik stop je kan. haha. layan je. bukan selalu nak dapat experience macam ni. HAHA~ terserempak jugak dengan budak lelaki kecil yang lost! memang 'macam2' ye ada.

apa2pun. memang best dapat spent time with my friends. ukhuwah fillah abadan abada ~ :)

p/s : malam tu memang tak ingat apa dah. terlelap awal menahan pening sebab ngantuk sangat. haha.

_ E N D _

Saturday, May 28, 2011

+ dapat gelaran baru! ^^ +


assalamualaikum..

hai2 bai2. haha. apa tetiba ada signboard kat sebelah ni kan? haha. sy nak cerita lah ni. sebenarnya nak highlight kat andak tu jek. baru2 ni sy dapat gelaran andak! bagaimana? di mana? apakah? =p

ok2. semalam hari jumaat. kelas sy habis pada jam 11. then berpusu2 lah siapa yang menjadi naqibah dan murabbi dan siapa2 lah yang terlibat menuju ke PKK a.k.a pusat konvensyen KUIS. ada taklimat pasal usrah. jadi sy dan kak ina yang juga merupakan naqibah pun terkedek2 lah memenuhkan sit. ops! kena duduk ikut nama lah. setiap barisan akan ada sehelai kertas bertulis nama2 naqibah? kenapa kena buat macam tu pulak? sebab mudah nak ketemu merabbi masing2 ^^ jadi sy yang kabur jauh sama silau ni pun melilau mencari nama sy. nasib baik lah izzah yang dari naqibah dah jadi murabbi tolong tarikkan tangan sy ni haa. jazakillah izzah yang comel lagi bijak pandai! ^^

nampaknya sem ni sistem usrah yang baru telah diperkenalkan. ahli usrah - naqibah - murabbi dan seterusnya adalah atas2nya lagi. tibalah ustaz safwan yang agak digeruni ni berucap. digeruni kerana sifatnya yang tegas dalam menjaga akhlak dah sahsiah pelajar KUIS .^^ subhanallah. sebelum dia berucap, adalah satu tayangan. sy nak panggil TV kuis lah sebab student degree broadcasting yang buat. tayangan ni lebih berbentuk kepada temuramah dan pengisiannya adalah mengenai feedback tentang usrah di kuis. banyak komen di peroleh. merangkumi aspek positif dan negatif. khusyuk2 tengah tengok ternampaklah beberapa sahabat sy yang telah di wawancara dalam tu . antaranya ialah amir munshi.* sila klik hebatlah ko! tahniah2. haha. masok 'tibi kuis'! =p jadi para naqibah ni kena mainkan peranan yang amat penting dalam mengubah perspektif negatif pelajar2 tentang usrah di kuis ni. naqib / naqibah harus kreatif! hayya2!

usai taklimat oleh ustaz safwan, orang lelaki beredar dari pkk menuju ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. akhawat meneruskan misi dengan bertemu murabbi masing2. murabbi sy kak hafizah. sy suka group sy. semuanya hebat2. subhanallah. panggilan andak sy dapat bermula dari sini lah. =p nak dekat sepuluh orang jugaklah ahli usrah kami. jadi unruk mengeratkan ikatan ukhuwah kami, kak hafizah cadangkan tentang ni. setiap kali jumpa, tak boleh panggil nama, kena panggil panggilan yang dah diberi. murabbi sy akan dipanggil ummi. sedikit tawa menghiasi usrah kami pada tengahari itu. full sense of humour. memang menghidupkan suasana. =)

cakap pasal usrah ni, sy pegang ahli2nya yang sem sebelumnya mereka tak lulus. alhamdulillahlah sem lepas semuanya lulus. gabra jugak kalau tak lulus kan. sudah semestinya naqibah yang akan dituding jarinya dahulu. sememangnya sy hanya menjalankan amanah sy. ^^

kadangkala kita harus jadi hipokrit untuk menjadi yang lebih baik. setuju tak? =) ye, kadangkala dalam beberapa situasi, untuk membiasakan diri melakukan perkara yang baik kita harus hipokrit. lama2 hilang lah ke'hipokrit'an dalam diri sebab dah biasa. betul tak? kak long sy banyak merendah diri cakap dia tak layak dan ahli2 usrahnya lebih layak, lagi hebat. ummi kami menegaskan, siapa lagi nak jadi naqibah selain kita? ye, Allah dah pilih kita. ilmu itu boleh dicari. usrah ataupun keluarga, kita boleh saling memperbetul menegur dalam proses untuk kita menjadi yang lebih baik. semuanya haruslah lillahi Taala~ semoga usrah di kuis kali ni lebih menepati 'usrah' yang sebenar. rabbuna yusahhil insyaAllah ^^

cakap pasal usrah kuis, teringat usrah dengan ustazah wan. ni usrah luar yang sy ikut. khamis malamnya untuk sem ni kami buat liqo'. alhamdulillah semuanya sihat2 dan result pun gempak2. boleh tak nak cakap dahsyat? =p

sem ni makin bertambah2 lah tanggungjawab sy. dengan adanya koko. haha. semoga berjaya hazirah ye. sahabat2 tolong doakan sy k? kepada hamster2 di rumah, flying kiss untuk ampa2 k. hahaha. takdak kheja. rasa kan...rasa kan...macam nak bawa sekor hamster mai teman sy kat sini. cage? nak kena beli lagi. nanti lah bila kewangan sy dah ok, biasiswa dah dapat, sy bawa mai sini . seriously memang rindu nak main dengan 'mereka'.

i have to stop here. solat subuh is calling me right now. want to fully prepared before going to putrajaya at 8 am. will meet my talkative sis, munirah there. hopefully we can meet among thousand people that will be attending there. ish, we have to! wajibun! haha. im going under sekretariat rukunegara KUIS. only 15 students will be going there. see ya! ^^

_ E N D _

+ buku yang bertambah setiap sem +

assalamualaikum..

selasa lepas keluar . beli buku. kelas? hehe. ada je tapi petang. selasa memang ada satu kelas jek. jadi pagi tu terpaksa jugaklah keluar untuk dapatkan buku undang2 pentadbiran islam di malaysia dekat jalan tar . sebab nak guna dah kan. jadi tak best lah kalau fotostat jek . ^^

perjalanan diteruskan dari ktm bangi menuju ke bank negara. dari bank negara, kena jalan banyak sikit sederhana untuk sampai ke kedai buku tersebut. lalu sogo terus teringat time keluar dengan atiq and alif. syukran korang. ^^

destinasi yang dituju sebenarnya pustaka mukmin. tapi kitorang masuk kedai buku minerva kat depan pustaka mukmin tu dulu. saja survey2 buku cuci2 mata. buku yang hendak dibeli : enakmen pentadbiran agama Islam negeri selangor, pengantar undang2 islam di malaysia ( mahmood zuhdi ) dan lagi satu apa ntah tajuk dia karya zaini nasohah. buku yang di taram mau beli 3 jek balik2 bawa 4 buku . lagi satu buku pasal undang2 jenayah islam. dalam arab kitorang panggil fiqh jinayah. beli sbab dalam bm. supaya lagi senang? faham..........

1st time pi beli buku sendiri. sem2 lepas pesan pesan sy pesan orang bawakan, dapat dan habis cerita. kali ni sy melalui satu episod yang berlainan untuk mendapatkan buku. ala, buku baru sikit, itu pun dah naik jakun kan? =p * pedulikan ^^ banyak sungguh memang sungguh2 ni nak cakap sememangnya banyak buku lah kat kedai tuh. namanya pun kedai buku kan. takkan peti sejuk pulak yang banyak kan? haha. sememangnya perjalanan kami going on smoothly. alhamdulillah ^^ niat kita harus betul untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki, insyaAllah =)

: kakak kecik molek berkaca mata ni adalah kembar sy. kembar hanya pada nama je ^^ kami berdua yang pegi 'explorace' mencari buku2 idaman hati. ketika ni di A & W. mengisi perut usai membeli belah buku =p :

: sedang menunggu train ke bangi. :

: al-wajiz fi usul al-fiqh. kitab yang digunakan untuk subjek usul-fiqh sem ni. ex buku sy. kenapa ex? sebab sy dah tukar kulit buku pi kaler itam. malangnya kerana terlalu demand nak kaler hitam, maka dapatlah sy buku yang mempunyai tulisan yang 'xberapabertenage' di kulit muka buku. niat hazirah! ish3. :

: sem ni buku makin bertambah. buku2 ni adalah buku yang akan digunakan pada sem ini. tak semua dapat dipamerkan di sini. masih ada subjek lain yang bukunya tak dapat menunjukkan rupa .haha. sem depan? makin bertambahlah nampaknya sebab subjek2 law yang berasak2 menonjolkan diri. terima kasih banyak2 tak terhingga kepada family sy dalam memberi sokongan kewangan yang jitu. i'll do my best this sem walaupun takberapa nak confident. takpe2, at least ada azam. azam itu penting! yeah! :

: pustaka mukmin yang dituju. berpinar2 mata masuk kedai buku ni. bukan pinar2 sebab tak senang tapi sebab terlebih seronok dan excited. haha. sy memang suka suasana lagu tuh. ^^pustaka mukmin, nanti kita jumpa lagi okeyh? don't miss me ! =p :

tengahari, melangkah kiri kanan kaki untuk pulang. alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan walaupun ini lah pertama kali sy menjejakkan kaki ke situ. syukran jazilan fi nur hazirah bt zainal abidin lianna telah guide sy pi sana. komao! *campur darab bahagi dah bahasa. hahaha

_ E N D _

Friday, May 27, 2011

+ jum pi Seoul Garden ! +

assalamualaikum...

21hb yang lepas, ada destinasi best yang sy pegi. best ke? ish, mesti la best, sebab tu nak kongsi kat sini. ^^

minggu lepas sy bertemu dengan 2 sahabat yang pernah menjadi sahabat karib sy dahulu. dah bertahun tak jumpa. setelah beberapa kali rancang tak jadi rancang tak jadi, akhirnya sabtu lepas pun jadi. sebenarnya sy terpaksa batalkan saat2 akhir. tapi setelah 'disogok dan dibelasah' dengan kata2 manis 'BELANJA', mau tak mau, sy pun pi lah. ish3, takmalu betul kan hazirah ni? =p

2 sahabat itu ialah nur 'atiqah dan muhammad alif. atiq sahabat baik ketika di sekolah menengah dulu dan alif sahabat sekerja selama 3 bulan di hospital dulu. bagi makanan kat patient. alif ni se wad dengan sy iaitu wad 12 kat hospital besar penang dulu. kalau sy shift pagi dia shift petang dan sebaliknya lah. la ni mereka berdua ni belajar kat sg buloh. ambik nursing. =)

berjumpa di KL sentral dan lepas tu naik lrt p turun mana ntah. yang pasti destinasi utama kami ialah Seoul Garden, Kerinchi. sy lebih banyak berdiam diri daripada berkata-kata. haha. apa boleh buat, lama tak jumpa kan, so agak kaku ye di situ. =p

SG mula dibuka pada pukul 12 - 3 pm. satu kepala dalam rm 30. berbaloi baloi lah pegi sana. rasa macam makan kat korea pon ada. bila sy tengok cara makan dia terus sy terbayang drama korea my girlfriend is a gumiho. BASHTA! haha. cute! air of course ada. antara makanan2 yang ada kat situ, buah-buahan, jelly, agar2, jeruk * eh, kenapa macam pelik je? betol ke nama makanan tu jeruk? erm, let it be =p , cendol, eskrem yang lazat lagi berkrim, sayur2 yang makan dengan thousand island tuh, daging2 + ayam + ikan + sepah + udang yang disalut dengan 'rempah'2 yang berbeza. sedap sangat! almaklumlah tak pernah makan kan. jadi agak 'jakun' ye di situ. =p jangan risau, dijamin halal. kalau setakat cerita je tak best lah kan? jum layan gambar! ^^

: ni adalah rakan se roommate.....kepada alif. suap menyuap tolong menolong kasih mengasih* erk? dun misunderstood ok, ini adalah akibat excited menggunakan ayat2 yang takbetul salah silap merupakan 'trademark' mereka. kalau tak silap mereka sebilik 2tahun lebih dah. thats why mereka rapat. sem ini merupakan sem akhir mereka. sambil makan2 tu mereka2 banyak sembang pasal praktikal mereka. dan banyak2 term2 yang tak pernah sy dengar. ye, term perubatan. penyakit2. sy sebagai pelajar degree syariah law hanya mampu nun nga alif nun nga alif mendengar mereka discuss2 tentang bidang kerja mereka. salute lah sama korang! * sambil tabik spring tanpa nurse, tak adalah guru atau tanpa guru, tiadalah nurse? mana satu betul? mereka ada argue pasal persolan ni. haha. masing2 saling memerlukan ye dop? ^^ :

: eskrem 3 rasa. strawberi + keladi + choc + jagung yang ada creamer ntah tak pasti patut panggil apa + kacang. ini adalah resepi sy. eh, atiq punya resipi sebenarnya. sy tukang ciplak jek. really2 delicious! tambah sy memang suka eskrem. memang extreme lah ! :

: pinggan2 ni semua semua pinggan sy. percaya? haha. over ye kalau semua ni pinggan sy. haha. time makan boleh ambik banyak mana pun yang kita suka. jadi kalau dah kat sana tu jangan malu2 kucing siput kura2 untuk ambik makanan k. kalau tak, rugi! "jangan sampai sy hilang sabar guna chopstick ni" haha. ini adalah statement orang yang dah naik fed up makan guna chopstick. siapa gerangannya? saya lah. =p :

: pintu masuk :

: hah, ini la yang sy kata macam dalam cerita korea tu. tengah tu tomyam. :

: pandangan hadapan Seoul Garden :

: ye, inilah sahabat2 sy yang gorgeous lagi bijak lagi pandai lagi cun lagi hensem lagi meletup lagi terhangat di pasaran. terima kasih kome sudi jadi sahabat hazirah ^^ semoga Allah sentiasa permudahkan segala yang kalian lakukan. amin ~ :

: usai makan dan solat. destinasi seterusnya... nampak macam kat mana? jalan tar ^^ sy sekali lagi 'jakun' kerana taktipu dan takbohong inilah pertama kali sy menjejakkan kaki ke jalan tar. seriously. jalan2 macam tak putus jek pasarnya. memang banyak sungguh barang jualannya. ^^ jalan2 then sampailah sogo. ^^ :

: kecik kan ? haha. 'ter'tangkap gambar melihat ke'kecik'kan buah ini =p :

selesai jalan di sogo, kami pun pulang lah membawa bersama kenangan manis yang kami cipta pada hari itu. terima kasih sahabat2 kerana masih tidak melupakan hazirah. terima kasih sahabat kerana belanja sy. nanti orang belanja balik k? ^^ dan tahniah juga diucapkan kepada muhammad alif kerana berjaya menurunkan berat badan yang agak banyak . nanti kalau dapat kerja kat kelantan, semoga cepat2 bertemu bakal bini k. kenyet2~ =p

jum ramai2 pi Seoul Garden ! =)

p/s : balik2 jalan2 baru nak bagitau mama sy keluar haritu dengan atiq dan alif. dush3!

_ E N D _

Wednesday, May 18, 2011

+ campur tolak darab bahagi +



assalamualaikum..

kelas pagi ni dua2 tak ada. lumrah awal2 sem. sabo kan aje~

pi JPA ( jabatan pembangunan akademik ) untuk mintak pengesahan. oh, sy dilempar2 lagi. lepastu tanya sy pulak, siapa yg suruh kamu datang sini? errr, sy tak taw lah pulak namanya. tapi memang dah biasa tengok kak tu kat situ. kak tu cakap lagi . takkan baru kerja kat sini kot. alahmak kak, sy tak bersalah. sy pon dilempar2 je ni kak. kesian ni haa macam tak cukup kasih sayang jek. HAHAHA.

tup3, habis cerita . fiqh munakahat sem ni ustaz shaharudin ajar. ye, ustaz shaharudin. kelas dia wajib pakai lengkap tudung labuh jahit tengah segala bagai lengkap lah. kalau tak? fikir2kan dan selamat beramal. peraturan ni tak jadi masalah bagi sy sebab sy memang dah sedia pakai macam tu. EASY~ ^^ minggu depan kita jumpa lagi ye ustaz.

eh, siapa ni? macam kenal jek. seperti shepa. hah, sah! memang shepa. haha. nama penuhnya sharifah jamilah auji bt syed alwi alsagoff. semalam birthday dia. jatuhnya pulak pada hari wesak. so, kitorang ni plan2 nak surprise kan dia. ketuk2 bilik, masok ramai2 bawa kek sambil wish birthday. respon dia? kaget! sy antara yang terawal masuk bilik dia dulu. kelakar lah shepa ni! well, she is full with sense of humour. best sangat kawan dengan shepa ni. *shepa aku puji hg ni, bawa mai hadiah kat aku satu.keh3 =p ok2, lepas wish2 sambil video dirakam oleh cik rahimah kita, shepa pun potong kek dan diikuti dengan ucapan masing2 utk shepa. eh, sebelum tu makan kek dulu. event last, ucapan daripada shepa. ^^


text me? ini sy punya! ada orang bagi kat sy. dia suruh sy message dia jadi dia bagi la yang atas ni. cun kan? ^^ haha. tak ada lah. sapa lah nak bagi kat sy benda2 camni kan. sy beli sendiri lah......rm 2.50 jek. mampu beli satu sahaja. tak tahan tengok lawa sangat. dalam dia ada oreo. sedap. entry sy sebelum ni pun ada sy tulis pasal choc ni. tapi corak lain2. sem ni corak baru pulak. lepas ni kalau sapa2 nak bagi hadiah kat sy, sy nak choc banyak2 ok. * demand sungguh! haha

tiba2 tadi jalan nak balik bilik teringat mama dok celoteh2 dalam kereta kalau sy ikut dia keluar sekali. teringat mama kat dapur tekun buat kek. teringat mama belikan sarapan pagi2. teringat mama tengok marimar. teringat teringat dan teringat. ish, rindu lah. nak menangis boleh tak?

_ E N D _

+ hari pertama pembentangan pertama +


assalamualaikum..

alhamdulillah, ada jugak masa untuk conteng2 kat sini jap. ^^

ni nak cerita pasal hari isnin lepas. isnin lepas baru start kelas. isnin ada 3 kelas. kelas pertama sy pada hari tu mula 8 am. semangat nih nak pi kelas. teruja nak lihat wajah sapa yang mengajar, excited nak tengok wajah2 classmate segala bagai lah! kelas pagi yang amat sejuk! hari pertama kelas dah kena bentang kot.

isnin ada 2 subjek tapi ada 3 kelas. pagi kuliah dan malam, eh2 silap, petang, tutorial, subjek perlembagaan.

lepastu subjek masadir pulak. ustaz yang sama ajar sy fiqh ibadah sem 1 dulu. ustaz ni memang best sungguh! ^^ ok2, kitorang kena taaruf sorang2. tiba giliran sy..

" saya hazirah najmuddin. asal batu maung, penang"

then sy di interrupt jap. oleh? oleh ustaz.....

" jap2. sy macam biasa nampak kamu. kamu ada kelas dengan sy ke sebelum ni?"

" ye ustaz. masa sem 1 dulu. subjek fiqh ibadah"

" hah! fiqh ibadah dapat berapa!? "

" alhamdulillah lah ustaz * sambil tersengih macam kerang busuk "

" alhamdulillah2 tu berapa?! "

haha. ustaz2. kelakar lah ustaz ni. lepastu ustaz ada bagi ayat kat kitorang suruh salin. in arabic lah. tup3, 'HAZIRAH!' wuu, terkejut sy lah ustaz ni. haha. nampak tak apa maksudnya kat sini? ustaz dah kenal sy laaaaa~ kalau lepas ni suruh translate lagi? erm, no comment~ =p

time tutorial petang pulak. kelas perlembagaan. dah habis ustazah terang pasal apa yang perlu, dia bagi kitorang teka-teki. sambil ditemani petir kilat sabung menyabung.

1) haiwan apa yang berjaga waktu siang?
2) haiwan apa yang berjaga waktu malam?
3) jika kamu diberi pilihan, haiwan apa kamu nak jadi?
jawab soalan2 ni jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran kamu.

dah bagitaw jawapan masing2 binatang apa semua, kitorang kena beritahu sebab kenapa pilih haiwan tu. apa keistimewaannya. fikir, tulis, jawab, habis.

ustazah terangkanlah soalan 1, 2 , 3 ni melambangkan apa.
soalan 1 = sifat yang kamu suka pada pasangan kamu
soalan kedua = sifat yang pasangan kamu suka yang ada pada kamu
soalan ketiga = melambangkan diri kamu sendiri

contoh. soalan 1 katakanlah jawapannya hamster. kenapa pilih hamster? sebabnya comel, lincah dan senang jaga. jadi sifat2 ni lah yang kamu suka pada pasangan kamu.

jawapan sy? ops, tak boleh. terlopong jugak lah mulut den ni. haha. tak sangka. boleh pulak macam tu kan. ye, memang permainan psikologi. ^^

dan hari tu jugak, pi urus pasal KWSP kat One Stop Centre. memang 'panas' jek. naik atas, orang ni cakap kena turun bawah buat camtu camni. turun bawah, orang ni cakap camni camtu. kalau korang, korang panas tak? last2 sekali, sy 'mengamuk' kat OSC tu. mata banyak tertancap pada sy. mengamuk yang sy maksudkan kat sini bukanlah maki ke apa. just 'ter'cakap kuat dan 'ter'tarik perhatian ramai orang sahaja. orang tu ada suruh isi borang. sy cari2 tak jumpa. then abang tu cari kat tempat akak sorang ni. jaga kaunter jugak. sy tiap kali tanya mesti kat kak tu. tup2, borang yang sy cari tu ada betul2 kat laci akak yang sy tanya tu. boley tak ? penat sy naik turun dok tanya yangni yangtu ikut arahan yangni yangtu tengok2? oh my Allah,istighfar panjang je la sy hari tu. senyum pengubat duka lara. huk3.

bagaimana pulak kelas lepasni? just wait and see ^^

_ E N D _

Sunday, May 15, 2011

+ result vs hamster +

assalamualaikum..

alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat hidup kepada diri ini. korang sehat tak? alhamdulillah baguslah kalau sihat. keselsemaan telah melanda diri sy. kalau selsema, chance untuk demam itu amat tinggi. tolong doakan sy ek semoga cepat sembuh? syukran~^^

seperti yang dijangka, hari pendaftaran lepas memang agak extreme. takpelah, mungkin mereka mempunyai sebab2 tertentu, thats whythey're doing like that, kan? khusnu zhon je lah mampu. sy takdapat tengok result sebab result spm takhantar. lepas dah hantar alhamdulillah dah dapat bukak. nak ngurus pasal semua2 di hari pendaftaran ni keluar masuk dewan je kerjanya. kurus semua pelajar kuis yang mendaftar hari tu. hahaha. mentor sy amatlah bertenaga alhamdulillah! hah, result sy? erm..inipun syukur alhamdulillah sangat2. usaha berbaloi. semua subjek yang sy ambik sem lepas dapat 4flat kecuali bahasa arab, seperti yang dijangka. lemah sungguh bahasa arab. nasib baik 2 sem jek. * terok!=p

tahniah diucapkan kepada Che Bis kerana telah berjaya melahirkan 7 ekor anak2 hamster! munirah cakap comel? erk, merah2 kecik2 tu pun dah comel dah? eeee, teringat balik geli sungguh! bila dah ada bulu baru comel. haha. semalam pi pasar malam, terserempak dengan kucing yang tengah bersantap hidangan tikus. sedap kan? hidayati, sahabat sy yang berjalan di sebelah sy pun 'ter'nampak. teros kalih ke hadapan balik. euw, kenapa sy ternampak? kejam? ish, mana ada kejam. itu normal. kitaran hidup semulajadi ok. ^^

minggu depan dah bermula kelas. urusan kwsp pun sy akan uruskan minggu depan. minggu ni tak sempat lagi tak boleh sebab mereka2 tengah uruskan hari pendaftran yang extreme. =p semoga Allah permudahkan insyaAllah..

rommate baru! ye, sy ada rommate baru menggantikan siti mariam yang dah habis dip. namanya huda. 19 tahun. ambik kos dip perguruan PI. orang alor star. kecik molek je orangnya. comel! masa dia mai haritu dia tak sihat. sakit perut katanya. pada haritu jugak makcik dia mai ambik bawa balik. bai2 huda. take a good rest k dear. syafakillah^^

p/s : belum mula kelas ni asyik ngadap game and cerita jek. boley bertambah gemok tak? ergh~~

_ E N D _

Wednesday, May 11, 2011

+ hari pendaftaran yang extreme? +


assalamualaikum..

pagi yang indah. nyamuk2 ni sungguh laaaa....geram bebeno den! gatalnya tu tak tawlah haiii..eh, baru nampak sekor nyamuk terbang2 tinggi2 rendah2. dok tingkat 7 nyamuk sampai jugak. hebat nyamuk moden la katakan!

tengok status kat FB sahabat2 sy semuanya macam pasrah nak menghadapi harini. macam nak menghadapi something yang susah betul jek. pelbagai status, pelbagai ayat disusun daripada orang yang berbeza tapi membawa maksud yang sama. memang dah nampak macam redha je. bagus2.

result pun dah boleh tengok sebenarnya. tapi ramai yang tak boleh bukak n tengok lagi. masalahnya? hah, ini pon banyak dah KUIS kena sumpah seranah. alahai, kesian KUIS kan. management yang entah apa2 membuatkan studentnya memberontak. memang lain daripada yang lainlah. mungkin mereka ada sebab tersendiri tapi kadangkala tu tak logik. ahh, biarlah hal management ni. taklarat dah. ikot je lah kan. sy takboleh bukak sebab tak hantar result SPM. what the? astaghfirullah, ape ni? dah daftar lama kot. student lain ada sebab finance n tak hantar medical check up. yang peliknya ada yang tak hantar habis dah boleh tengok gak. ini namanya? UNFAIR ~ harap maklum.

makin ramai sahabat2 sy pulang untuk mendaftar harini. makin sy banyaklah mulut lah. haha. ni salah sorang rmate sy, kak fuzah cotcet2 jek sy. excited terlebey sy. haha. ni makin ramai sahabat2 sy balik satgi lagilah..wuu, best2!

bagi student KUIS yang mendaftar harini, marilah kita sama2 berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan pendaftran kita pada hari ni.

ops, i got to go now. already miss my family and home. * menangis sekijap.

_ E N D _


Tuesday, May 10, 2011

+ permulaan sem baru yang sedih? +

assalamualaikum..

alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk sy menulis lagi di sini. ^^

tiba di kuis pada ahad pagi membawa bersama pelbagai perasaan. campur baur semuanya. paling ketara ialah sedih. ya, sedih. bukan setakat sedih tapi menangis dah terus. macam budak2 nak masuk asrama lah pulak kan. ish3.

sy mula masuk kuis ni tahun 2008. sedih memang ada untuk meninggalkan family tapi airmata tu tak de lah menitik. kali ni siap menangis lagi. menangis teresak pulak tuh!

dah habis angkat barang semua tibalah masa untuk berpisah. sebelum tu pergi rumah makndak. singgah tidur sana. pagi sebelum bertolak tu ada cakap kat nabilah and afiqah, moga2 kakak tak termenangis nanti. nampaknya, sy gagal lah. kenapa ya? mungkin sy rasa lebih rapat dengan family sy. sebelum ni baik je. tapi kali ni bertambah rapat. alhamdulillah..

time salam tu dah menangis. tapi belum teresak. bila chevrolet nabira bergerak meninggalkan sy dan aksi 'panas' adik sy nabilah, membuatkan sy lebih teresak. so notty! naik atas sambung lagi nangis. lagi lagi lagi lah. hahaha. adoi, hazirah. macam budakkecik jek gamaknya. macam la tak biasa duduk asrama. sedangkan dah duduk asrama dari Form 1.

ish, apa sebenarnya ni? haha. entry ni hanya nak menceritakan pasal sy menangis je ke? jawapannya? YA! haha. sabokan aje~ keh3.

esok daftar. result tak dapat tengok pulak lah lagik. esok lah nampaknya baru taw. debar2 rasanya hati ni. adakah masih deanlist ? ke tidak? wallahu'alam. semoga Allah permudahkan urusan pendaftaran sy pada esok hari. tolong doakan ek sahabat2? ^^ jazakallah/jazakillah ~ =)

p/s : adik sy nabilah tagged sy kat FB hanya nak bagitaw pasal harini masak pengat pisang? grrr~ jeles? haha. no comment! =p

_ E N D _

Saturday, May 7, 2011

+ selamat tinggal semua +

assalamualaikum..

berbaur2 perasaan sy ketika ni. nak meninggalkan family jauh di perantauan . * jauh la sangat kan? ye, sem baru sudah bermula! result? selalunya dah dapat tengok kalau nak bukak sem ni. tapi kalini rektor kan baru. so, sistem has been changed. kita student ni ikut je la kan orang atasan. kalau tak boleh stop study situ dan lakukan apa yang disukai. ni yg debar2 ni. apala result sy kalini? deanlist lagi tak? wuuu, takut2. * pengsan

lg berapa2 mnit lagi nak gerak dah. arini pi singgah kulim jap then singgah rumah kawan abah. hari ahad baru lah KUIS menjadi destinasi. ni kira makan angin jugak lah kan? seronoknya dapat meluangkan masa bersama sesisi keluarga buat kali terakhir sebelum pergi ni. ^^ saya sayang sangat family sy! saranghae!

bekalan untuk mengisi kekosongan sebelum tiba hari pendaftaran dah ada. ye, cerita atau movie. kerja mendownload jek sy nak dekat2 tiba hari balik ni. abang sepupu lah ajar. haha. terima kasih banyak lah abang muhammad ye! today is his last paper. bittaufiq wannajah k !

di kesempatan ni, sempena hari ibu ni. sy nak mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu2 di seluruh dunia. jasa kalian amatlah tidak ternilai harganya. tambah2 buat mama yang amat sy sayang sangat2. LATIFAH BT KARIM.

maafkan kakak atas segala salah dan silap kakak selama ni mama. kakak banyak menyakitkan hati mama, banyak menyusahkan mama. kakak faham mama buat semua tu untuk kebaikan kan? biar marah teruk mana pun . ibu mana tak sayang anak sendiri? terima kasih sangat2 atas segala jasa mama . jaga kakak sejak dari dalam kandungan sehingga sekarang. terima kasih mama. selautan jasamu tidak dapat ku balas . terima kasih mama. hanya Allah yang dapat membalasnya. kakak akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi anak yang baik untuk abah dan mama. terima kasih mama. kadangkala kakak tak sedar kakak dah menyakitkan hati mama . maafkan kakak mama. tolong doakan semoga kakak baik2 saja di sini . terima kasih mama. biar banyak mana pun ucapan terima kasih kakak untuk mama tetap tak dapat membalas jasa mu yang bertarung nyawa ketika melahirkan ku. kakak doakan semoga mama sentiasa sihat walafiat dan Allah permudahkan segala urusan. amin ya rabbal 'alamin. I LOVE YOU SO MUCH mama~

p/s : barang dah habis kemas. selamat tinggal FB. selamat tinggal as days go on. empunya diri tak akan dapat meng online kan diri buat seketika kerana biliknya di KUIS tak dapat line wireless. ada jodoh, kita jumpa lagi k? doakan sy semoga baik2 sahaja semuanya k? amin~

_ E N D _

+ ala gaya model +

assalamualaikum..

seisi warga KUIS dikejutkan dengan berita 'panas'. masa hari pendaftaran, lepas ambik borang kena pi jumpa mentor ambik pengesahan then baru lah prosedur seterusnya boleh dijalankan. motif? mungkin nak berkenal-kenalan dengan lebih rapat mungkin? fikiran sy takdapat nak merungkai jawapan kepada persoalan ni. baca komen student2 KUIS kat FB semua macam STRESS jek. bagi sapa2 yang dah 'lupa' siapa mentor dia boleh pi check kat portal. ni nak bukak laman web KUIS itu sendiri pun tak boleh. nak bukak portal lagi lah jauh panggang dari api * erk, betul ke sy guna dalam situasi ni. keh3 sistem yang dibina sepatutnya memudahkan lagi student2 tapi ini? sudah sebaliknya lah nampaknya. ye, mungkin ada kebaikan dan ada sebab munasabah pihak atasan buat macamtu kan? khusnu zhon . dalam hati dah macam gunung berapi nak meletup dah. semoga Allah memberikan kami kesabaran yang tinggi tika mendaftar. amin!

ok, tutup cerita yang amat tak best ni. kita cerita pasal lain pulak. ^^

baru2 ni teman mama pi buat facial kat KMPP. dan ada salah seorang customer mama tu mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel + keletah! memang geram tengok dia. lari sana sini. anisha namanya.

: mak dia tengah dok facial. anaknya ? anisha pon nak make up jugak. pakai bedak compact mak dia. hebat kan anisha? nampaknya besar nanti bergaya sakan lah ye. haha. :

: ergh, tertarik2 pulak tudung sy! tak pe la . peace jugak.^^ haha :

: memang pandai posing depan kamera. pernah tengok model gayakan baju tak ? hah, macam tu lah anisha kalau duduk berdiri depan cermin. kecik jek baru dah pandai posing2 ye anisha sayang. memang sungguh terhibur ! :

harapan nak makan cendol di kepala batas nampaknya terpaksa dibatalkan kerana masa yang tak bertenageee ye tuan2 puan2. ada satu stall kat pekan kepala batas depan masjid, ada jual cendol sedap sangat! dia stall kecik jek. tak da lah besar sangat. tapi memang superb! jum pakat ramai2 singgah sana! :)

bisik senyap kuat : masa pi beli barang2 sy baru2 ni, lalu tempat basikal mainan. mama suruh sy kawen cepat2 . haha. comellah mama ni. mama tak sabar nak ada cucu ek. * alamak, sy pulak yg malu. kita merancang dan Allah menentukan. semoga apa yang dirancang tu dapat dilaksanakan. kan mama? kita doa sama2 banyak2 k? semoga Allah permudahkan kedua2 belah pihak. * erk, apa sy cakap ni? FULLSTOP~

_ E N D _

Friday, May 6, 2011

+ perkampunag jawa nun jauh di bagan datoh, perak +

assalamualaikum..

hujung minggu lepas, sy bersama family ke ipoh dan bagan datoh perak. tujuan kami ke sana telah diberitahu dalam entry yang lepas. ^^

sabtu malam kat rumah wak hamzah, family meeting. selesai. ahad pagi bertolak pi bagan datoh. ambil masa dalam 2 jam. jauh kan? kitorang sedap jek tido. kesian abah penat drive. kakak sayang abah!

setibanya kami di sana dalam jam 11 menghampiri angka 12. tapi tetamu memang dah ramai. kalau kat sini pukul 12 baru la orang sikit2 mai. makanan cane? fuhh, memang sedap lah! thumbs up! memandangkan kat situ perkampungan jawa, jadi makanan pon masak cara jawa lah. sememangnya masakan jawa amat menepati citarasa sy. teringat kecik2 dulu balik kampung sebelah abah kat rumah mbah. makan ketupat dengan ayam msak kicap. ayam masak kicap jawa ni lain. rasa dia lain. tak taw cane resepi dia. memang marvellous lah! kenduri ni anak cikgu abah time sekolah dulu.

: alahmak, licin lah pulak. alhamdulillah, kenyang perut suda. ada tapai sekali. sy memang suka makan tapai. walaupun makan tapai ni hangat. tapi creamy sungguh! kat kenduri ni depa buat tapai ubi. sy suka tapai pulut lagi. teringat dulu2 bibik ada, kadang2 dia buat tapai. tapai ubi. tapi bibik buat memang sedap. pandai bibik buat. terima kasih bibik ^^ :

: gotong royong bersama masyarakat setempat. tradisi ni dah makin pudar rasanya. lebih ramai sukakan khidmat catering. walimah sy? erm, tak tahu lagi :P

: on the way balik singgah kedai tepi jalan. memang banyak lah pisang depa jual. ada jek buah lain tapi pisang majoritinya. tertido sebelum tu, bukak2 mata tengok pisang penuh jek. dalam hati tertanya2 kat mana la cheq la ni. kat negara pisang ke? celik-celik, bukak-bukak, bulat-bulat mata baru lah dapat mengenalpasti dengan betul. haha. :

: syukran kathira wak hamzah for this book! like it! tapi wak, sy baru jek habis belajar bahasa arab sem 1 & sem 2. tak guna dah rasanya. rasanya lah. * lecturer KUIS ni bukan boley duga. memang setiap sem ada subjek dalam BA tapi bukan belajar tatabahasa dah. sem 1 & 2 sahaja. tak pa lah wak. sy hargai sangat2. tengok2 bukak2 buku ni memang mudah nak faham walaupun dalam BA. sy ni lemah sikit arab2 ni. haha. kalau tatabahasa memang lemah, kalau subjek fiqh ke aqidah ke dakwah ke yang dalam BA, itu tak kisah. memang takdapat lari setiap sem. ^^ :

usai di kenduri, kami pi....... balik penang. :)

_ E N D _

Thursday, May 5, 2011

+ penderaan mental dan fizikal terhadap 'bayi'! +

assalamualaikum..

jum ikuti siri keluarga che-che lagi pada entry kali ni. ^^

aksi kecomelan mereka amat susah untuk dihadapi oleh empunya blog tambah2 adik ketiganya, afiqah. sakit2 gigi tahan geram. sy lagi la, pengsan terus *hiperbola semata. daripada 8 anggota tentera keluarga che-che tinggal 6 sahaja sekarang.

yang meninggal dunia bulan lepas, Che Jan. my 5th sis, sempat berada bersamanya pada hayat2 terakhir hidup Che Jan. kebetulan, munirah balik minggu tu. Che Jan memang tengah sakit tenat. mata dan hidung berada pada tahap kritikal. mata takdapat dibuka dan hidung tersumbat. tengok nak bernafas pun susah. semput2 Che Jan. takmakan takminum. kenapa? panahan cinta? ish, kemerepekan menjelma lagi. bukan2. ni sebab sakit. prediction kami kerana kencing hamster itu sendiri. my 3rd sis tolong bersihkan apa yang tersumbat + takboleh bukak dan cecair yang hampir keras menjadi ketulan2 * ala, bayangkan ta** hidung manusia senang =p itu. dapatlah sedikit sebanyak Che Jan bernafas. terima kasih kepada doktor takbertauliah afiqah! munirah menangis2 dah melihat kekritikalan Che Jan. namun apa kan daya, ajalnya dah sampai. sehari selepas munirah balik ke hostel hari ahad, Che Jan telah menghembuskan nafasnya terakhir pada hari isnin berikutnya. Che Jan telah selamat dikebumikan oleh doktor takbertauliah afiqah. begitulah hayat Che Jan.....angka che-che berkurang menjadi 7.....

dan pada minggu lepas, Che Ko dan Che Lat terlepas dari sangkar. satu jantan satu betina. diletakkan dalam bekas akuarium. hamster makin berkurang jadi anak2 baru diperlukan. sebab tu lah diasingkan mereka dalam sangkar yang takberapamewah. mungkin mereka berjaya menyondol penutup akuarium sehingga terbuka dan mereka keluar bersiar2 di dalam kawasan rumah. Che Ko dapat dijumpai semula oleh abah tersayang sy. Che Lat? * garu2 kepala berita pengurangan che-che nampaknya terpaksa diterima lagi. satu disebabkan kematian dan satu lagi disebabkan kehilangan. Che Lat disahkan hilang dan dijangka telah keluar dari rumah membawa bersama kandungannya yang taktahuberapabulan. jatuh longkang? kena kejar anjing / kucing? lenyek kereta? main tom2 bak dengan biawak? main sembunyi2 bersama burung2 berkicauan? ergh! STOP IT! ataupun memang masih ada dalam rumah tapi terperangkap kat satu tempat dan takboleh keluar? tapi sampai ke hari ni masih tak ada bau2 yang takboleh diterima hidung. selamat tinggal Che Lat yang garang. nasib baik betina. kalau jantan, gamaknya tinggal lagi sekor je lah jantan nanti. yang lain semua betina. ye, anak baru amat diperlukan! maka, berkuranglah che-che menjadi 6.......

berikut adalah gambar2 yang mencuit-cuit* bahasa baru

: ini adalah Che White. paling gemoooook! gigi dia patah sikit. tersangkut kat besi sangkar. camni2, dia tengah gigit2 *konon jalan keluarlah tu=p .lepastu munir bagi terkejut. menjerit2 meraung2 meratap2 *over Che White akibat terkejut yang amat sangat. aduhai, munir2 habis tersangkut gigi kat besi sangkar tu~ :

: afiqah bawa keluar daripada sangkar tanpa Che *takpasti sedari. time ni atas sofa. :

: masih meneruskan tidurnya. nyenyak sungguh! che-che ni memang jenis tidur mati sikit. haha. :

: auuu chaaaaaaaaak! eh2 malu lah! :

: saya cari perigi tapi telah termasuk dalam objek yang tak dikenali ! somebody, please help me!! :




ini adalah satu video yang......tengoklah sendiri. penderaan mental dan fizikal kan? ish3. apala nak jadi. hamster2 ni adalah Che Ko, bulu panjang and Che Bis, bulu takpanjang. Che Bis dinamakan sebegitu sebab dia suka buat bising! cengheeeeet! baru nak sentuh pun dah bising. " argh, marahnya saya!" saya rasa itu lah yang cuba disampaikan oleh Che Bis. haha. Che Bis ni memang pantang dengan tiupan. tengah main tiup2 dengan hamster lain tapi yang bunyinya hamster lain. taklain takbukan Che Bis lah! ish, kelakar + lucu lah Che Bis ni. jum ikuti video di atas~

ada orang cakap, tak boleh pegang kacau hamster selalu. nanti dia cepat mati. pernah dengar tak? pernah kan? tapi kitorang ni almost everyday, kitorang pegang + main. siap mandikan lagi sekali seminggu. kalau malas sangat , tunggu busuk betul2 satu rumah baru nak bagi mandi. * terok !haha kalau lama takbagi mandi nanti che-che ni mulalah menggedik sana sini akibat kegatalan yang tak tertanggung. MEMANG SANGAT TERAMAT SUNGGUH COMEL!

jadi, marila kita ramai2 membela che-che. hahahaha.

_ E N D _

+ Jang Woo vs Eun Jung +

assalamualaikum..

nak tahu tak. tiap kali nak hupdate blog jek mesti ada something halang. Internet slow lah, kena pegi sana lah, kena ikot sini lah, macam2. nama pun manusia kan? hehe.

kalini nak cerita pasal.....erm, banyak sangat beratur dalam kepala ni. tu la dok postpone jek kan, la ni tak taw nak tulih mana dulu. *sambil ketuk2 kepala

sebelum ni sy ikut siri WGM adam couple, goguma couple & khuntoria. yang khuntoria ni masih berjalan lagi. baru habis episod 44. 45 next week. new couple ialah jang woo & eunjung a.k.a woojung couple. baru sampai epidos 4 ke udara. nampaknya takdapat ikut dahla lepas ni sebab dah balik KUIS. huk3.

ada orang cakap, couple ni mewarisi beberapa sifat oleh couple2 yang sebelum ni. mereka memang cute + sweet!

jum ikuti yang seterusnya!

: yeah, this is Jang Woo. husband to Eunjung. seorang pelakon. amat dikenali dalam kalangan 'orang lama'. haha. rasanya sy tak pernah tengok sebarang cerita yang jangwoo berlakon. dalam WGM ni kalau dia pi mana2 mesti ada jek golongan 'veteran2' yang kenal and tegO dia. yang rambut putih, jalan 45 degree. sweet! dia jenis suka camping. memang jenis dependable. tapi tu la, memang jenis suka camping sangat. kereta dia penuh dengan 'peralatan2' camping. sampaikan eunjung tak larat dok camping jek ! jangwoo-shi, mana rumah cement kamu! :


: eh2, macam kenal la. kan? macam pernah tengok lah dia sebelum ni. tapi kat mana ye? korang ingat tak? takkan tak ingat...haha. i've wrote about her in my latest entry. she is ham eun jung. Dream High? ingat? haha. ye, dia pelakon and also a singer in Dream High. ^^ dalam WGM ni, dia sangatlah talkative. merupakan junior jangwoo di alam persekolahan. kecik kan dunia? haha. 1st day dah cakap dengan ramahnya with jangwoo's mom. comel! mula2 jangwoo tunjuk bukak tent dia seronok jek. masa mula2. then utk percutian mereka, jangwoo also bukak tent dia jugak. eunjung dah macam agak buhsan. lebih kurang mereka ni nak honeymoon tapi asal jumpa jek mesti ada tent. agak bosan kan? although menarik. haha. sabar lah eun jung ye! still your husband is a romantic guy isn't it? ^^ :


: gambar ni di snap oleh mereka dalam siri WGM. :

nak intai2 lah sapa2 yang having the same interest like me kat hostel nanti. erm, rasanya dah jumpa. nanti boleh mintak tolong dia d.loadkan. * otak nakal !

_ E N D _